28 February 2012

Takdir dan kenyataan kekadang amat menyakitkan.


Takdir dan kenyataan kekadang amat menyakitkan. Sukar untuk kita menelan sebijik sebijik kenyataan yang amat menghiris hati kita. Kekadang kita cuba menafikan takdir untuk memujuk hati kita. Tapi hati tidak terpujuk sedikitpun.  Tapi bagaimana pahitpun takdir yang harus kita terima, kita kena ingat inilah ujian yang Allah timpakan buat kita. Lain orang, lain ujian yang Allah berikan. Mampukah kita menghadapi ujian tersebut? Maka, kita harus meneruskan kehidupan dan cuba menerima kenyataan walaupun amat menyakitkan. 

Heart of Ice by benjamin_heymann
Hati turut menangis dan meronta-ronta. Tapi jika kau tak luahkan, siapa tahu dan peduli. Tapi Allah Maha Mengetahui. [sumber gambar]  

Tiara: Aku tak dapat terima. Takkan! Tak mungkin!
Aku: Apa yang kau tak dapat terima? Apa yang tak mungkin?
Tiara: Aku gagal. Aku gagal temuduga. Aku sedih sangat.
Aku: Takpalah. Mungkin bukan rezeki kau, Tiara. Bersabarlah sahabat.
Tiara: Tak. Langsung tak sama. Aku dah impikan semua tu dah lama. Lama sangat. Aku dah berusaha! Semua orang harapkan aku. Aku kecewakan mereka. Aku tak tahu mana nak letak muka aku nie. Aku gagal!
Aku: Kau letak muka kau di mana selalu kau letak. Kau tak perlu malu, Tiara.  Kau harus bersyukur. Inilah masanya untuk kaulihat siapa yang benar-benar akan sentiasa ada untuk kau saat kau melalui semua nie. Bila kau senang dan berjaya, ramai ucapkan ‘tahniah’. Tapi bila kau gagal, mungkin ada yang menepuk tangan dan gelak ketawa. Dan mungkin akan menjauh dari kau. Inilah masanya untuk kau kenal ragam manusia. Kembalilah kepada empunya hati. Mengadulah kepada-Nya. Usaha sahaja tak cukup. Harus ada doa dan selalulah dekat dengan Allah.
Tiara: Ragam manusia. Kesedihan dan kegagalan kita buat mereka tersenyum. Huh.
Aku. Ya. Kenyataan kekadang amat menyakitkan. Tapi kau harus bersyukur. Mungkin rezekikau di tempat lain. Yakinlah dengan perancangan Allah. Dia tahu mana yang terbaik buat kita.
[Perbualan yang aku imaginasikan sendiri]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehidupan banyak onar dan dugaan. Kata orang, kalau manusia tiada masalah itu bukanlah kehidupan. Mungkin ada benarnya. Apabila kita ditimpa masalah, maksudnya Allah ingat dengan kita. Allah tak lupa kita. Harus ingat, kalau kita ingat dengan Allah, Allah akan ingat kita lebih dari kita ingat Dia. Selalulah ingat Allah dengan ‘sengaja’. Bila hati kita sakit, cedera, retak, patah seribu sekalipun. Kembalilah kepada empunya hati tersebut yakni Allah. Kerana hanya Allah yang dapat mencantumkan semula hati yang retak dan patah seribu, menyembuhkan hati yang sakit dan cedera. Hanya Dia. Jika kita fikir ibu bapa, sahabat dan sesiapa sekalipun yang dapat menyembuhkan hati kita, ternyata kita silap besar. Mereka cuma perantara yang Allah berikan untuk kita atas kehendak dan izin-Nya.

 by Christa Noelle ♥
Hidup ini penuh misteri dan rahsia. Kita tidak tahu apa  yang akan terjadi pada masa hadapan. Yakinlah perancangan Allah. Hujung penceritaan pasti ada warna yang berbeza.

Kapten Cha: Sedang cuba menerima satu demi satu kenyataan yang amat menyakitkan. Sedang cuba redha dengan segala ketentuan-Nya. Hari demi hari, aku cuba tanamkan rasa ‘syukur’ dan ‘ikhlas’ dalam sanubariku. Semoga Allah redha denganku.  Semoga juga orang sekelilingku juga redha dengan ketentuan dan takdir yang Allah tentukan untukku. Janganlah menambah kesakitan yang kurasa nanti bila apa yang aku dan kau serta mereka impikan tidak tercapai. Aku juga yang akan rasa kesakitan tersebut. Dan saat itu, hanya Allah yang tahu rasa itu. Aku yakin takdir-Nya untukku.  Terimalah takdir hidupmu dengan ikhlas dan redha. Semoga juga Allah redha.


2 comments:

E'in said...

bersabar laa

Kapten Cha said...

Thanks sis.
Hidup memang kena sabar.
:)