28 December 2012

Bahagia dan membahagiakan yang berbeza

Bismillahirahmanirahim

Walaupun bukan seorang yang cukup bahagia, tapi cukuplah tidak membuat orang lain derita, benci dan sengsara. Sekurang-kurangnya tidak mencipta derita di atas jalan-jalan kebahagiaan yang sedang dilukis orang lain. Sekurang-kurangnya bukan penghalang kebahagiaan orang lain. Sekurang-kurangnya tidak mencemburui takdir Tuhan untuk mereka. Tidak segankah kau menabur-nabur fitnah dan derita ke atas orang lain? Tersenyum sinis selepas membuat orang lain tersungkur dan derita? Adakah kau lupa bahagia itu dari siapa? Kebahagiaan itu milik Tuhan. Bukan milik kau semata.





Biarlah orang lain bahagia. Biarlah kau hanya penumpangnya sahaja. Bukan selamanya kau jadi penumpang bahagia semata. Tiba masa dan waktunya, kau sendiri akan memandu kebahagiaan itu. Cuma tunggu izin Tuhan. Hanya perlu sabar sedikit cuma. Senyum.


Biarlah orang berkata apa. Biarlah orang menganggap kau derita. Hakikatnya kau membahagiakan, cuma belum tiba masa kau dibahagiakan. Bukan kerana kau berpura-pura menguntum senyuman dan ketawa berdekah-dekah dan orang lain merasakan kau bahagia. hakikatnya kau cuma membahagiakan orang lain. Hakikatnya itu. Bukan kah itu bahagia dalam membahagiakan? Tertanya dan terdiam.


Alah itu maha adil. Menguji ikut kemampuan. Perpisahan mengajar erti keredhaan. Jarak itu untuk menguji. Kejarlah cinta-Nya yang membahagiakan, dan Dia hantarkan seseorang yang mencintai Dia juga nanti. Sebahagia-bahagia biarlah Dia yang mencipta. Kau cuma perlu persiapkan diri. Kerana Allah lebih tahu apa yang Dia mahu untuk kita. Biarlah bahagia di luar, pedih di dalam. Membahagiakan itu juga bahagia.


Semoga langit yang kau pandang, buat kita tersenyum bersama. 


Maka, pilihlah yang terbaik atas segala cinta sebenar cinta. :)




                                                                                                                      Study week
Mungkin membahagiakan
Mohon doa kalian
Semoga Allah permudahkan setiap kesusahan
Assalamualaikum. :)