28 February 2012

Takdir dan kenyataan kekadang amat menyakitkan.


Takdir dan kenyataan kekadang amat menyakitkan. Sukar untuk kita menelan sebijik sebijik kenyataan yang amat menghiris hati kita. Kekadang kita cuba menafikan takdir untuk memujuk hati kita. Tapi hati tidak terpujuk sedikitpun.  Tapi bagaimana pahitpun takdir yang harus kita terima, kita kena ingat inilah ujian yang Allah timpakan buat kita. Lain orang, lain ujian yang Allah berikan. Mampukah kita menghadapi ujian tersebut? Maka, kita harus meneruskan kehidupan dan cuba menerima kenyataan walaupun amat menyakitkan. 

Heart of Ice by benjamin_heymann
Hati turut menangis dan meronta-ronta. Tapi jika kau tak luahkan, siapa tahu dan peduli. Tapi Allah Maha Mengetahui. [sumber gambar]  

Tiara: Aku tak dapat terima. Takkan! Tak mungkin!
Aku: Apa yang kau tak dapat terima? Apa yang tak mungkin?
Tiara: Aku gagal. Aku gagal temuduga. Aku sedih sangat.
Aku: Takpalah. Mungkin bukan rezeki kau, Tiara. Bersabarlah sahabat.
Tiara: Tak. Langsung tak sama. Aku dah impikan semua tu dah lama. Lama sangat. Aku dah berusaha! Semua orang harapkan aku. Aku kecewakan mereka. Aku tak tahu mana nak letak muka aku nie. Aku gagal!
Aku: Kau letak muka kau di mana selalu kau letak. Kau tak perlu malu, Tiara.  Kau harus bersyukur. Inilah masanya untuk kaulihat siapa yang benar-benar akan sentiasa ada untuk kau saat kau melalui semua nie. Bila kau senang dan berjaya, ramai ucapkan ‘tahniah’. Tapi bila kau gagal, mungkin ada yang menepuk tangan dan gelak ketawa. Dan mungkin akan menjauh dari kau. Inilah masanya untuk kau kenal ragam manusia. Kembalilah kepada empunya hati. Mengadulah kepada-Nya. Usaha sahaja tak cukup. Harus ada doa dan selalulah dekat dengan Allah.
Tiara: Ragam manusia. Kesedihan dan kegagalan kita buat mereka tersenyum. Huh.
Aku. Ya. Kenyataan kekadang amat menyakitkan. Tapi kau harus bersyukur. Mungkin rezekikau di tempat lain. Yakinlah dengan perancangan Allah. Dia tahu mana yang terbaik buat kita.
[Perbualan yang aku imaginasikan sendiri]

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kehidupan banyak onar dan dugaan. Kata orang, kalau manusia tiada masalah itu bukanlah kehidupan. Mungkin ada benarnya. Apabila kita ditimpa masalah, maksudnya Allah ingat dengan kita. Allah tak lupa kita. Harus ingat, kalau kita ingat dengan Allah, Allah akan ingat kita lebih dari kita ingat Dia. Selalulah ingat Allah dengan ‘sengaja’. Bila hati kita sakit, cedera, retak, patah seribu sekalipun. Kembalilah kepada empunya hati tersebut yakni Allah. Kerana hanya Allah yang dapat mencantumkan semula hati yang retak dan patah seribu, menyembuhkan hati yang sakit dan cedera. Hanya Dia. Jika kita fikir ibu bapa, sahabat dan sesiapa sekalipun yang dapat menyembuhkan hati kita, ternyata kita silap besar. Mereka cuma perantara yang Allah berikan untuk kita atas kehendak dan izin-Nya.

 by Christa Noelle ♥
Hidup ini penuh misteri dan rahsia. Kita tidak tahu apa  yang akan terjadi pada masa hadapan. Yakinlah perancangan Allah. Hujung penceritaan pasti ada warna yang berbeza.

Kapten Cha: Sedang cuba menerima satu demi satu kenyataan yang amat menyakitkan. Sedang cuba redha dengan segala ketentuan-Nya. Hari demi hari, aku cuba tanamkan rasa ‘syukur’ dan ‘ikhlas’ dalam sanubariku. Semoga Allah redha denganku.  Semoga juga orang sekelilingku juga redha dengan ketentuan dan takdir yang Allah tentukan untukku. Janganlah menambah kesakitan yang kurasa nanti bila apa yang aku dan kau serta mereka impikan tidak tercapai. Aku juga yang akan rasa kesakitan tersebut. Dan saat itu, hanya Allah yang tahu rasa itu. Aku yakin takdir-Nya untukku.  Terimalah takdir hidupmu dengan ikhlas dan redha. Semoga juga Allah redha.


27 February 2012

Bukan tak laku.


Ini fitrah. Ingin disayangi dan dicintai itu sebenarnya fitrah. Tapi bagaimana kita mengawal fitrah tersebut? Berlandaskan nafsu semata-mata? Melihat sekumpulan manusia yang berkasih sayang tanpa ikatan sah kekadang bisikan syaitan selalu berbisik kepada kita agar turut mencuba. Padahal kita tahu dosa yang pasti akan tercatit buat kita. Sering kali kita ingatkan kepada diri sendiri, itu dosa! Allah tak suka! Tapi inilah ujian sebenarnya. Bagaimana kita hadapi ujian ini. Allah sedang uji kita. Allah sedang uji perasaan dan hati kita.

Kekadang terlintas di benak fikiran dan hati kita, aku tak lakukah? Kenapa aku sorang saja yang tak buat benda tu. Bila mereka bermadu asmara, kita hanya makan madu lebah. Bila mereka bergayut di telefon, kita hanya bergayut di tiang elektik. Eh, bagaimana bergayut di tiang elektrik? Kau perlu ada imaginasi untuk menggambarkannya.



                                                                            [sumber]


Tiara: Aku hidup bahagia sekarang. Amir sayang dengan aku.
Aku: Apa definisi bahagia buat kau?
Tiara: Setiap hari Amir call aku. Setiap hari Amir kata ‘Aku sayang kau’. Amir setia. Aku bahagia.
Aku: Aku pun bahagia.
Tiara: Eh, kau dengan siapa sekarang? Kenapa tak bagitau?
Aku: Aku takda dengan sesiapa. Aku ada keluarga aku. Aku ada Allah. Kau pun ada Allah.
Tiara: Oh, aku ingat kau dah berpunya. Rupanya belum laku ek.
Aku:  “Aku bukan tak laku, berapa ramai lelaki mengajak aku ke arah itu. Aku menolak. Aku yakin Allah sedang jaga aku. Aku tunggu jodoh Allah atur untuk aku. Aku yakin itu. Mudahnya kau gadaikan hati kau Tiara. Betapa yakin kau Amir adalah jodohmu?” Dia bermonolog.
[ Perbualan yang aku imaginasikan sendiri. Mungkin ada yang pernah alami ]
……………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bukan tak laku. Cuma Allah sedang  jaga kita sebenarnya. Jaga hati kita dari zina hati. Jaga mata kita dari zina mata. Jaga telinga kita dari zina telinga. Ya, Allah sedang jaga kita sebenarnya. Kenapa kita berduka tatkala kita masih sendiri? Tak sukakah kita Allah sedang jaga kita? Jangan berduka, banyak benda  kita boleh lakukan. Kita ada pilihan. Selagi boleh pilih, kita pilih. Perbaiki diri untuk ‘si dia’ yang kau impikan.

Kapten Cha: Aku yakin Allah merancang sesuatu yang ‘sweet’ untuk aku. Semoga aku temukan ‘kapten’ tatkala aku benar-benar sedia melayari bahtera bersama. Ya, jodoh itu rahsia Allah. Tiada satupun yang tahu. Mungkin kita bertemu dengan seseorang yang sangat sangat bukan pilihan hati kita. Mungkin kita pernah membencinya. Tapi Allah tahu siapa terbaik buat kita.