18 June 2013

Patahkah jiwa?

                               Bismillahirahmanirahim.                            


Sudah boleh hitung menggunakan jari untuk kembali ke bumi Sabah.
Sudah boleh katakan kerinduan sudah tidak tertampung.
Sudah boleh katakan cuti sudah hampir membuka tirainya.
Sudah boleh.

Sedar atau tidak.
Aku hilang antara gelap dan terang.
Mencari siapa aku tanpa lelah.

Jiwa bisakah kau kuat nanti.
Jiwa bisakah kau tegar menanti.
Jiwa bisakah kau menahan sakit.

Andai saja kalian tahu dan mengerti. 
Aku hanya meminjam kekuatan-Nya semata. 
Mungkin silap merasakan punya jiwa yang sedang patah.


Aku bukanlah manusia yang sentiasa disenangi oleh semua orang. Menyakiti mereka yang aku sayang sama seperti kalian menyakiti aku juga. Andai saja tiada yang akan terluka dalam setiap keputusan yang kita  lakukan. Semakin hari semakin banyak benda yang terjadi. Semakin banyak benda yang berubah sehingga aku takut suatu hari nanti aku yang berubah kerana takut berdepan dengan realiti. 

Sehinggalah aku menyedari bahawa bukan jiwaku yang patah. 
Ya. Jiwaku kosong tanpa cinta dan ayat-ayat cinta-Nya.

Allah
Allah
Allah
Sungguh aku menzalimi diriku sendiri.

Mahukah Engkau menerima aku kembali?
Memberi peluang aku menabur bakti?
Mencari kasih dan cinta yang hakiki?

Aku melihat berapa ramai yang Engkau uji. Berapa ramai yang kuat dan berjaya melalui ujian-Mu. Aku mohon pada-Mu ya Rabb andai Engkau uji aku dengan sesuatu ujian yang serupa dengan mereka bahkan mungkin lebih berat ujian yang kau timpakan padaku, berilah aku kekuatan dan keredhaan dalam melalui ujian-Mu. Sesungguhnya aku sedar, Engkau tidak akan menguji hamba-Mu dengan sesuatu diluar kekuatan mereka. 

Tabahkanlah. Doakanlah saudara seislam kita yang sedang diuji di bumi Syria, Palestin, Burma, Rohingya.


Hati kita serupa.
Jiwa kita mungkin tidak.
Tapi punya rasa yang sama kan. : )


"Ya Allah, 
give me eyes that see the best in people 
A mind that forgets the bad
A heart  that forgives the worst 
And a soul that never loses faith"
Aamiin.




09 January 2013

Satu per lapan sudah berakhir

 Bismillahirahmanirahim

Sem pertama dari lapan sem keseluruhannya akan aku hadapi di bumi USM sudah berakhir. Ada tujuh sem akan datang perlu aku hadapi dengan lebih gigih dan rajin serajin-rajinnya. Perasaan yang sungguh jika aku perlu ungkapkan tidak terungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah. Allah permudahkan sepanjang sem pertama. Suka duka kulalui, dengan tangisan dan tawa buat aku tersenyum hari ini.

Berkenalan dengan mereka. Sesiapa yang mencoretkan kisah duka dan tawa sepanjang sem pertama di bumi USM, terima kasih sesangat. Menghadapi minggu orientasi yang perit dan diakhiri dengan kemanisan. Berkenalan dengan coursemate yang sangat ohsem. Bila sem pertama dekat dengan penghujung cerita, mulai rapat dengan coursemate Chinese. Mereka sangat ohsem. Mereka sangat baik. 

Pertama kalinya menghadapi "Final Exam" di bumi USM. Tiada kata selain Alhamdulillah. Allah bagi kesihatan yang baik ketika menjawab exam. Allah permudahkan, sampai tepat masanya di semua lokasi dewan peperiksaan, tidak lewat sekalipun. Walaupun satu dua kali tersalah nombor meja. Sampai ada sekali dengan yakin tanya dengan sorang perempuan "Ehhh nie memang tempat duduk awak ke?" Dan, memang aku yang silap masuk dewan peperiksaan, tapi nombor meja memang betul. Itu memang pengalaman. Harap dia lupa aku. Sebab aku malu, sungguh. Berharap juga dapat keputusan yang baik. Sebagai semangat untuk teruskan tujuh baki sem akan datang. Sekarang, perlu tawakal saja. Semoga Allah permudahkan.


Boleh kira guna jari beberapa hari lagi akan pulang ke Sabah. Teruja. Semoga masa cuti ini cuti yang produktif. Sudah jatuh cinta dengan Universiti Sains Malaysia. Semoga terus cinta sampai tujuh sem yang berbaki. Dan sudah jatuh cinta dengan mahasiswa mahasiswi USM yang sangat baik dan ohsem. 

Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Hikmah kekadang tersembunyi. Semoga kita sentiasa mencari hikmah di sebalik kesulitan dan ujian-Nya. Allah sentiasa bersama-sama dengan golongan yang sabar. Senyum.

Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang nanti. Yang penting kita bersyukur.


Sedang jaga hati. Aku harap kamu juga sama. :)


Cuti sebulan di Kunak, Sabah.
Aku merindui mereka sejujurnya.
Luangkan masa untuk keluarga dan sahabat. 
Semoga cuti  bermanfaat. Semoga sampai dengan selamat.
Assalamualaikum. :)