09 January 2013

Satu per lapan sudah berakhir

 Bismillahirahmanirahim

Sem pertama dari lapan sem keseluruhannya akan aku hadapi di bumi USM sudah berakhir. Ada tujuh sem akan datang perlu aku hadapi dengan lebih gigih dan rajin serajin-rajinnya. Perasaan yang sungguh jika aku perlu ungkapkan tidak terungkap dengan kata-kata. Alhamdulillah. Allah permudahkan sepanjang sem pertama. Suka duka kulalui, dengan tangisan dan tawa buat aku tersenyum hari ini.

Berkenalan dengan mereka. Sesiapa yang mencoretkan kisah duka dan tawa sepanjang sem pertama di bumi USM, terima kasih sesangat. Menghadapi minggu orientasi yang perit dan diakhiri dengan kemanisan. Berkenalan dengan coursemate yang sangat ohsem. Bila sem pertama dekat dengan penghujung cerita, mulai rapat dengan coursemate Chinese. Mereka sangat ohsem. Mereka sangat baik. 

Pertama kalinya menghadapi "Final Exam" di bumi USM. Tiada kata selain Alhamdulillah. Allah bagi kesihatan yang baik ketika menjawab exam. Allah permudahkan, sampai tepat masanya di semua lokasi dewan peperiksaan, tidak lewat sekalipun. Walaupun satu dua kali tersalah nombor meja. Sampai ada sekali dengan yakin tanya dengan sorang perempuan "Ehhh nie memang tempat duduk awak ke?" Dan, memang aku yang silap masuk dewan peperiksaan, tapi nombor meja memang betul. Itu memang pengalaman. Harap dia lupa aku. Sebab aku malu, sungguh. Berharap juga dapat keputusan yang baik. Sebagai semangat untuk teruskan tujuh baki sem akan datang. Sekarang, perlu tawakal saja. Semoga Allah permudahkan.


Boleh kira guna jari beberapa hari lagi akan pulang ke Sabah. Teruja. Semoga masa cuti ini cuti yang produktif. Sudah jatuh cinta dengan Universiti Sains Malaysia. Semoga terus cinta sampai tujuh sem yang berbaki. Dan sudah jatuh cinta dengan mahasiswa mahasiswi USM yang sangat baik dan ohsem. 

Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. Hikmah kekadang tersembunyi. Semoga kita sentiasa mencari hikmah di sebalik kesulitan dan ujian-Nya. Allah sentiasa bersama-sama dengan golongan yang sabar. Senyum.

Semoga kita dapat keputusan yang cemerlang nanti. Yang penting kita bersyukur.


Sedang jaga hati. Aku harap kamu juga sama. :)


Cuti sebulan di Kunak, Sabah.
Aku merindui mereka sejujurnya.
Luangkan masa untuk keluarga dan sahabat. 
Semoga cuti  bermanfaat. Semoga sampai dengan selamat.
Assalamualaikum. :)