14 August 2012

Kepada siapa kita harus mengadu?


Beberapa hari ke belakang, aku ke hulu ke hilir. Terkocoh-kocoh mengurus itu dan ini.
Mengambil kehadiran di bank dan sekolah entah untuk berapa sekian kalinya.
Kerap sungguh. Berulang-alik entah berapa kali.
Kekadang aku berfikir untuk berputus asa. Hentikan langkah.
Sudah tidak sanggup rasanya.
Sudah penat tebalkan muka.
Sungguh penat. Sungguh.

Kekadang tangisan datang seiring dengan kepenatan.
Kerana hati sebenarnya yang penat. Bukan anggota fizikal semata.
Namun, saat itu juga ada kekuatan yang menerpaku.
Ya, kekuatan yang aku tahu dari mana
Ibu bapa, keluarga dan Maha Penciptaku sendiri.
Namun kekuatan dari-Nya adalah yang MAHA HEBAT.
Terima kasih Ya Rabb.

Hanya Dia tempat ku mengadu.
Tempat ku untuk meminta kemudahan.
Meminta kekuatan. Meminta pertolongan.
Alhamdulillah, walaupun kekadang teruji
Dalam kesulitan, Dia memberi kemudahan
Cuma aku yang jarang bersyukur.
Leka dengan kepenatan semata. Sunguh aku leka.

Kerana inilah jalan yang ku pinta.
Ku merayu kepada-Nya tanpa jemu.
Ku meminta dengan sayu tanpa henti.
Agar rezeki akan ada untukku.
Dan, Allah Maha Penyanyang.
Allah beri aku rezeki itu bulan September nanti.
Maka wajarkah saat diuji untuk menguruskan beberapa hal yang kecil
AKU MENGELUH?
Sungguh aku malu. Malu pada-Mu.
Ampunkan aku Ya Rabb.


Hanya kepada-Nya kita harus mengadu.
Hanya kepada-Nya kita meminta pertolongan.
Insya-Allah. 
Akan datang bantuan yang tidak disangka-sangka.
Akan dipermudahkan segala urusan.
Tetapkan hati kepada-Nya.
Tetapkan keyakinan kepada-Nya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kapten Cha: Akan menjejakkan kaki ke menara gading. Bakal menjadi mahasiswi Universiti Sains Malaysia (USM) bulan September nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan. Mohon doa kalian. :) Semoga dapat ku gapai impian setinggi langit di angkasa, namun kakiku tetap tegar di bumi yang ku pijak. Sesiapapun kita, kita tetap hamba Allah. Oh ya. Semoga aku berjumpa roomate yang baik-baik belaka. *Takut juga* Doakan ya? :) 


Dan kepada mereka yang seangkatan juga dengan aku, semoga urusan kalian juga dipermudahkan. Dan kepada mereka yang juga punya niat ke menara gading, semoga impian kalian juga tercapai. Dekatkan diri dengan-Nya. Yang wajib jangan tinggal. Yang sunat perbanyakkan. Semoga berjaya dunia dan akhirat. :))